USAHA MEMBINA DAN MEMIMPIN
TAMADUN KHAYRA UMMAH
AYUH BERSAMA KAMI
HASRAT WAKAF PENDIDIKAN AL HIKMAH:
KE ARAH MEMBINA GENERASI RABBANIY
PEMIMPIN KHAYRA UMMAH
Menyumbang melalui Wakaf Pendidikan Al Hikmah bermakna Tuan dan Puan sedang bersama dengan kami melabur untuk memperolehi doa berterusan dari anak-anak soleh, wakaf yang sentiasa dimanfaatkan oleh lebih kurang 2000 pelajar dan kakitangan serta ilmu yang terus dimanfaatkan oleh generasi demi generasi.
Wakaf ini juga akan merancakkan lagi kerja-kerja mengembangkan potensi generasi baru dengan semangat falsafah Pendidikan Al-Hikmah.
Di Kedah, kita telah memiliki sehingga kini dua (2) buah Sekolah Rendah Islam, Sebuah sekolah menengah Sains Tahfiz dan 14 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKI) untuk anak-anak Pra Sekolah di sekitar Kedah.





.jpg)
Bagi tahun 2023 ini , kita memiliki 1903 orang pelajar dan 230 Petugas Pendidikan, dakwah dan sokongan di semua peringkat.
Bahkan sehingga kini kita telah mempunyai ribuan alumni yang menabur bakti di tersebar di merata negeri dan Negara.
Wakaf ini akan dimanfaatkan di dalam pembangunan pendidikan keseluruhannya merangkumi pembinaan infrastruktur pendidikan, pembangunan sistem pendidikan yang mendepani zaman, projek kebajikan kepada warga pendidik, pelajar dan pengurusan demi memastikan langkah ini mampu bertahan ratusan tahun lagi.
PEMBANGUNAN PUSAT LATIHAN BELIA DI TASIK BERIS SIK KEDAH
MENAIK TARAF PUSAT KOMUNITI AL HIKMAH
MEMBANGUNKAN PROJEK AGRO TANI

BERAPAKAH YANG DIPERLUKAN
Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan bangunan dan perbelanjaan untuk keperluan fasiliti Kompleks memakan perbelanjaan sebanyak RM5 Juta . Namun, sehingga kini dana infaq untuk projek ini masih jauh dari sasaran sebenar.
Sumbangan para dermawan semua amat diperlukan untuk meneruskan projek pembinaan dan kebajikan ini
KENALI KAMI & ALAMAT KOMPLEKS

KOMPLEKS PENDIDIKAN AL HIKMAH ALOR SETAR,
KM 5, JALAN DATUK KUMBAR, 05300 ALOR SETAR, KEDAH, MALAYSIA .
* Projek Wakaf ini juga telah didaftar bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah sejak tahun 2017

* Sekolah kami juga merupakan Agen zakat berdaftar dibawah Zakat Kedah

“Bahagia sekali buat mereka yang hidupnya berakhir,”
“Namun, pahala terus mengalir”
“Siapa mereka ini?”
MEREKA YANG MENGINFAQKAN DAN BERWAKAF SEBAHAGIAN HARTA MEREKA UNTUK TUJUAN KEBAIKAN MENDAPAT GANJARAN YANG TERBAIK DI SISI-NYA.
Firman Allah SWT:
“Bandingan pahala orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah SWT seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.” (Al-Baqarah: 261).
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(02011010061441)
KOMPLEKS PENDIDIKAN AL HIKMAH ALOR SETAR
REFERENCE: "INFAQ"
*Sila letakkan reference “INFAQ” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Sumbangan bulanan secara KONSISTEN minima sebanyak RM 10, klik di sebelah :- INFAQ BULANAN SECARA KONSISTEN SERENDAH RM 10 DI SINI
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. (Saba-39)
Tiada kata yang mampu diucapkan selain TERIMA KASIH dan mendoakan Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan permudahkan segala hajat para dermawan sekalian.
KEJAR DUNIA UNTUK AKHIRAT,
SEMOGA SEGALANYA BERKAT.
MEREKA ADALAH PEMIMPIN MASA DEPAN. BERI KENANGAN ZAMAN BELAJAR TERBAIK, KELAK MEREKA PEMIMPIN YANG TERBAIK DAN BERJASA.
Maklumat Tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1.50 caj payment billplz..
2.Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60 19-4411154 (Wakil Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar).